Pengurusan Dalam Islam Bab 3
Nama Ahli Kumpulan :
1. Rose Haslinda Binti Rosli (19DAT17F1031)
2. Nur Syazaliana Binti Shamsuri (19DAT17F1041)
3. Ainnatasya Binti Ibrahim (19DAT17F1047)
4. Anisah Binti Noor Azman (19DAT17F1005)
5. Nur Afrina Izazi Binti Mustaza (19DAT17F1101)
6. Nor Syazlin Amiera Binti Hairul Jepri (19DAT17F1033)
7. Nor Mahfuzah Binti Mohamad (19DAT17F1007)
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga dapat kami menyempurnakan segala tugasan yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Elynn Binti Ridzwan yang telah memberikan bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini.
Seterusnya, ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan penuh kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada Perpustakaan Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) kerana telah menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk kami membuat sebarang rujukan bagi mencari maklumat tugasan.
Akhir sekali, terima kasih buat rakan-rakan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini. Sekali lagi kami memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN
Di dalam pengurusan Islam asas pengurusan merupakan perkara yang perlu diberi penekanan bagi mencapai sesuatu matlamat. Asas pengurusan Islam ini lebih kepada cara sesebuah organisasi mengendalikan syarikatnya mengikut undang-undang Islam yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas pengurusan Islam dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Takhtit(perancangan), Tanzim(Penyusunan), Qiyadah(kepimpinan) dan Wiqayah(pengawasan). Takhtit atau juga disebut sebagai perancangan didefinisikan sebagai usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki.Tanzim atau juga dikenali sebagai pengorganisasian. Tanzim ialah kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Ketiga ialah Qiyadah(kepimpinan). Qiyadah bermaksud kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Wiqayah(pengawasan) juga merupakan salah satu asas pengurusan Islam yang sangat penting. Wiqayah pula didefiniskan sebagai pengawasan yang berperanan untuk memastikan segala urusan pengurusan organisasi berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Terbahagi kepada EMPAT(4) proses, iaitu:
Takhtit (Perancangan)
Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.Perancangan takhtit dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat penting untuk memenangkan dakwah. Perancangan di dalam dakwah melalui fasa-fasa yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Takhtit mempunyai empat prinsip perancangan iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai perancangan, dilaksanakan secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali segala keputusan ditentukan oleh Allah S.W.T. Seterusnya, sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat perancangan terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana setiap perancangan yang dilakukan adalah untuk menentukan jangkamasa kerja dan kos yang terlibat, menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi dan pelaksanaan kerja.
Bukan itu sahaja, perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri. Proses yang pertama ialah mengenalpasti matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan. Objektif tersebut mestilah rasional, praktikal, boleh diukur dan boleh dicapai. Matlamat sesuatu perancangan juga mestilah berhairerki dan rangkaian. Proses yang kedua ialah menilai keupayaan sumber dan persekitaraan. Aktiviti yang dirancang oleh sesebuah organisasi itu perlulah menghitung jumlah bajet yang mencukupi, bekalan atau sumber juga semuanya mudah didapati dan melihat keadaan persekitaran samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dilaksanakan dilokasi yang dipilih oleh organisasi. Walhal, aspek ramalan, kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang bakal dihadapi juga perlu dikenalpasti kerana aspek ini juga merupakan proses yang sangat penting didalam perancangan. Proses perancangan yang terakhir ialah membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin dilaksanakan. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang, pihak organisasi perlulah mengatur strategi yang sistematik agar matlamat perancangan tersebut berjaya dicapai.
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang teladan yang baik untuk kita ikuti dalam membuat sebarang perancangan. Baginda telah banyak terlibat dalam perancangan membangunkan masyarakat Islam seperti berdakwah. Didalam dakwahnya di Mekah, Rasulullah lebih menitik beratkan akidah masyarakat di Mekah dengan pengukuhan ajaran Islam. Masyarakat Islam pada masa itu merupakan masyarakat yang kecil dan Baginda merancang strategi sehingga berjaya menjadi Islam sebagai tamadun teragung di dunia. Pengukuhan ajaran Islam ini telah diterapkan dalam perancangan kerajaan Islam mengikut ketetapan yang datangnya dari Allah S.W.T. selain itu, baginda juga menyeru manusia supaya menyembah Allah S.W.T. Masyarakat pada masa itu telah dibangunkan dengan falsafah menyeru manusia beribadat kepada Allah S.W.T., menegakkan keadilan dan konsep sama rata di antara orang Islam dan bukan Islam. Rasulullah S.A.W. telah menggunakan dua strategik ketika melaksanakan dakwahnya iaitu Rasulullah S.A.W. telah berdakwah secara rahsia selama 13 tahun hanya dengan ahli keluarganya dan sahabat rapatnya sebelum baginda diizinkan oleh Allah untuk berdakwah secara terang-terangan. Manakala, secara terang-terangan pula baginda mula memperluaskan dakwahnya dengan Bani Hasyim dan penduduk sekitar di Mekah. Firman Allah S.W.T : “maka siarkanlah apa-apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik” (Al-Hijr 94).
Didalam dakwah Nabi Muhammad S.A.W., baginda telah membuat beberapa perancangan sebelum bertindak di khalayak ramai. Antara perancangan tersebut adalah merancang pengorganisasian, melaksanakan rancangan penghijrahan para pengikutnya ke Habsyah dan perancangan pentadbiran untuk berhijrah ke Madinah pula pada 1 Hijrah atau 622 Masihi. Rasulullah S.A.W. telah melakukan dua perancangan awal iaitu perancangan yang pertama ialah memelihara akidah Islamiah. Hal ini demikian kerana di Madinah terdapat penganut Islam yang berasal dari Mekah dan ada juga yang berasal dari Madinah. Baginda lebih menitik beratkan akidah untuk menyatupadukan masyarakat. Perancangan yang kedua ialah baginda memberikan kebebasan beragama. Ini telah membolehkan masyarakat bukan beragama Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam.
Tanzim (Pengorganisasian)
Tanzim didefinikan sebagai satu kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Maksud Tanzim dari segi bahasa ialah mengumpulkan sesuatu serta menyusun dan menyelaraskannya. Dari segi istilah pula Tanzim beerti kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, keserasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Pengurusan tanzim mempunyai asasnya yang tersendiri antaranya ialah menentukan dan menjelaskan misi organisasi kepada anggota dan bukan anggota agar sesuatu rancangan dapat difahami oleh semua anggota dan perancangan dapat berjalan dengan baik. Asas pengurusan tanzim yang kedua ialah sentiasa menganalisa kekuatan dan kekurangan dalaman organisasi. Konteks ini membawa maksud sesebuah organisasi perlulah membuat perancangan yang mampu dicapai bukannya diluar kemampuan organisasi tersebut. Seterusnya, asas yang ketiga ialah menilai setiap peluang dan ancaman luaran organisasi. Sebelum membuat sesuatu rancangan, sesebuah organisasi perlulah terlebih dahulu mengenali siapa saingannya. Asas yang keempat ialah menjelaskan objektif yang hendak dicapai. Objektif perancangan hendaklah jelas bagi memudahkan setiap anggota didalam organisasi untuk melaksanakna tugas mereka dengan sistematik untuk memastikan perancangan tersebut berjaya dicapai. Asas pengurusan tanzim yang terakhir ialah membentuk strategik dan pelan tindakan.
ah-faedah tanzim.
Qiyadah ( Kepimpinan )
Qiyadah bermaksud kepimpinan. Dari segi bahasa Qiyadah bermaksud menyelia atau mengawasi. Qiadah dari segi istilah pula adalah melaksanakan tugas yang dikhususkan kepadanya dan menyelia serta mengawasi orang lain yang di bawahnya.Penyeliaan dalam bahasa Arab dipanggil Al-Taujih.Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Dalam hal ini, Qiyadah dikaitkan dengan merangsang pekerja bahawan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai. Selain itu, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi. Seterusnya, menjadi penghubung atau juruacara sesebuah organisasi.
Qiyadah juga sering dikaitkan dengan pemimpin unggul. Antara contoh pemimpin unggul adalah adil. Seorang pemimpin hendaklah adil dalam melaksanakan sesuatu tugas agar segala perkara terlaksana dengan harmoni tanpa sebarang pertelingkahan. Pemimpin juga perlu berani agar dapat menyelesaikan sebarang masalah dalam menghadapi sebarang cabaran untuk menyelesaikan sesuatu perancangan yang hendak dicapai. Apabila pemimpin tersebut berani maka segala tugas dapat diselesaikan dengan segera. Namun begitu, seorang pemimpin perlu amanah dan jujur. Hal ini kerana pemimpin yang amanah dan jujur dapat mengelakkan sebarang tipu helah berlaku di kalangan organisasi. Akhir sekali, sebagai seorang pemimpin juga, sikap bertanggungjawab adalah pokok utama dalam melaksanakan sesebuah organisasi agar dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh sehinggalah dapat mencapai hasrat yang ingin dicapai.
Zaman Rasulullah SAW semasa menjalankan sistem Qiyadah
Pada Zaman Rasullullah s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi amat wajar dijadikan uswah hasanah. Sewaktu baginda menjadi pemimpin, baginda sering bersabar menghadapi sebarang kesukaran dan menjaga rahsia daripada bocor ke tangan musuh yang lain dengan apa jua cara sekalipun. Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. Baginda juga sering menjiwai bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah besar dan berat.
Baginda mempunyai kemampuan untuk menerajui dan menyusun masa. Ini dapat dilaksanakan berbekalkan asset dan potensi pengalamannya yang banyak di bidang tersebut. Kebijaksanaan baginda sebagai pemimpin dapat dilihat dalam banyak peristiwa, antaranya melalui kandungan “Perlembagaan Madinah”. Hal ini, baginda sering memiliki persediaan dan persiapan untuk berjihad. Baginda juga seorang pemimpin yang mempunyai keinginan yang padu,, keazaman yang teguh dan niat yang ikhlas untuk berjihad pada jalan Allah. Apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka – hendaklah dirujuk kepada Allah S.W.T dan Muhammad Rasulullah s.a.w.”
Perkembangan ini menjelaskan keagungan dan kekuasaan mutlak Rasulullah s.a.w. dalam semua hal; awam, politik, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain diiktiraf oleh penduduk Madinah. Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin yang sangat berjaya sewaktu pemerintahan beliau dalam membangunkan umat di seluruh penduduk Madinah pada ketika itu. Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w mempunyai ciri-ciri pemimpin yang sangat baik untuk dijadikan contoh dan teladan bagi umat masa kini sehinggalah masa hadapan supaya negara kita dapat berkembang dengan maju.
Sifat-sifat kenabian yang perlu dihayati oleh umat Islam masa kini
Terdapat beberapa sifat kenabian yang perlu dihayati oleh umat Islam masa kini. Antaranya adalah amanah. Amanah boleh ditakrifkan dengan jujur dan amanah dalam melaksanakan segala pekerjaan yang hendak diselesaikan atau sewaktu menjalankan dakwah. Hal ini kerana, sikap amanah mampu menjadikan seseorang terhindar dari sikap suka menipu.
Seterusnya pula, sikap siddiq iaitu sentiasa berkata benar terutama sekali apabila menyampaikan dakwah Islamiyah agar mudah diterima dengan baik dan agar umat Islam tahu bahawa ajaran Islam itu adalah sangat baik kerana menyeru umat Islam untuk sentiasa berkata benar dan tidak menipu. Oleh itu, segala Selain itu, tabliq juga adalah merupakan salah satu sifat kenabian yang perlu dicontohi oleh umat Islam masa kini. Tabliq ialah menyampaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan penuh hikmah semasa berdakwah ke jalan yang benar. Apabila kita dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh terutama sekali semasa berdakwah, maka orang sekeliling akan mudah yakin dengan apa yang kita katakan. Akhir sekali, Fatanah yang dikenali sebagai bijaksana.
Menurut Syed al-Attas, kebijaksaan ialah pengetahuan yang dianugerahkan oleh Allah yang membolehkan seseorang menggunakan maklumat yang sesuai untuk menhasilkan keputusan yang tepat.Ianya sangat diperlukan apabila menyampaikan sesuatu ilmu atau dakwah kerana ianya sangat penting bagi memastikan dakwah yang disampaikan adalah betul. Orang yang bijaksana akan mudah disegani dan dihormati oleh orang sekeliling kita kerana mempunyai ilmu pengetahuan yang dapat merungkaikan sebarang permasalahan sekiranya berlaku.
R. LIPPIT DAN R. WHITE MENJELASKAN BAHAWA KEPIMPINAN BARAT ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA
Pertama sekali adalah demokrasi. Demokrasi bermaksud segala keputusan itu ditentukan oleh suara teramai. Ketua sekadar menjadi pengerusi perbincangan. Ahli pula bebas dalam mengemukakan pendapat atau keputusan. Pekerja dalam organisasi dan pengurusan bebas memilih rakan kongsi pekerjaan. Ketua juga boleh memahami dan menghayati aspirasi orang bawahannya melalui wakil-wakil mereka sendiri. Dalam hal ini, semua orang boleh terlibat dalam perbincangan tersebut agar dapat mencapai kata sepakat bersama-sama tanpa perselisihan faham agar tidak timbul sebarang masalah yang melibatkan rasa tidak puas hati.
Kedua pula adalah autokras. Dalam kepimpinan seperti ini pemimpin mempunyai kuasa mutlak sebagai perancang dan juga pelaksana. Segala keputusan yang diambil akan terlebih dahulu dibincangkan dengan orang bawahan. Ia dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pembahagian tugas dan tanggungjawab diagih oleh pemimpin. Perjumpaan juga dirancang apabila perlu sahaja. Ini bermaksud, hanya pemimpin sahaja yang berkuasa dalam menyuarakan kata putus setelah dibincangkan oleh orang-orang bawahan yang lain dan seperti yang kita tahu perbincangan ini hanya diadakan bila perlu sahaja. Ini membuktikan bahawa proses seperti ini boleh menyebabkan ada segelintir orang yang tidak akan menerima keputusan yang akan diambil kerana bukan atas persetujuan semua orang ramai. Ketiga pula adalah laissez faire. Dalam konteks ini, pemimpin seolah-olah tidak berfungsi. Rakyat dan orang bawahannya yang akan menentukan segala-galanya. Pemimpin menyampaikan maklumat tertentu dan membekalkan sumber serta bahan untuk pekerjanya.
KEWAJIPAN PEMIMPIN
Terdapat beberapa kewajipan seorang pemimpin yang perlu kita pelajari. Antaranya adalah bekerjasama dalam melaksanakan syariah Islamiyah. Contohnya, melalui organisasi, jabatan dan unit pengurusan, seseorang ketua dan pemimpin boleh memainkan peranannya menggalakkan amal makruf dan nahi mungkar. Syariah Islamiyah terlaksana apabila budaya, etika dan prinsip kerja dalam organisasi itu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Apabila umat islam merujuk sumber al-Quran dan al-Sunnah maka segala urusan dapat dijalankan dengan baik dan tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi hukum.
Seterusnya pula adalah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Dalam hal ini, ketua dan pemimpin diberikan kuasa, tanggungjawab serta ganjaran, upah dan gaji yang setimpal. Namun begitu, mereka tidak wajar sekadar menyempurnakan tugas sebagai pemimpin atau ketua semata-mata. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah.
Selain itu, kewajipan pemimpin juga adalah amanah. Selain daripada itu, ketua juga wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam suatu organisasi dengan amanah.Islam melarang ketua dan pemimpin dalam organisasi menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk iaitu menggunakan jawatan untuk kepentingan kebendaan dengan menerima rasuah dan seterusnya pula adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih. Oleh itu, ketua dan pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mengajak umat Islam untuk menjadi lebih berakhlak mulia dalam melaksanakan pekerjaan.
Hak-hak Pemimpin:
Dalam konteks ini, pemimpin boleh memperoleh pelbagai hak kemudahan. Contohnya, mendapat ketaatan dan kesetiaan daripada orang bawahan terhadap arahannya yang tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak. Hak ini dijamin oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Dalam hak-hak pemimpin, pemimpin haruslah mempunyai pengukuhan dari segi pelbagai pengukuhan iaitu kemahiran. Kemahiran yang pertama adalah konsepsi. Maksudnya disini adalah ketepatan perjalanan organisasi. Ia memahami pandangan umum dan juga mempunyai kaliber kepimpinan yang tersendiri. Selain itu, arif dan juga berkeupayaan menarik orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi. Ketepatan dalam mencapai sebuah perjalanan organisasi adalah sangat penting agar segala tugasan dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Seterusnya pula adalah kemahiran komunikasi.
Kemahiran komunikasi membawa maksud kepada kemampuan untuk berhubung mesra dengan individu dan masyarakat. Komunikasi itu akan lebih berkesan dan mudah jika ia mempunyai kefahaman berkaitan dengan orang bawahan dan masyarakat sekeliling. Ia mempunyai daya penggerak untuk kepentingan organisasi dan pengurusan.
Akhir sekali adalah kemahiran teknikal. Maksudnya pula ialah mempunyai ilmu yang mendalam terhadap segala hal berkaitan dengan tugas pengurusan dan berkeupayaan pula melaksanakannya. Selain itu, berkeupayaan menggunakan alat-alat teknik secara manual dan kemahiran itu amat diperlukan agar dapat mencapai matlamat organisasi. Kemahiran teknikal sehingga kini adalah sangat diperlukan bagi menyelenggara sebarang pekerjaan. Sekiranya kemahiran ini tidak ada, maka amat sukar sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan kerana kurangnya ilmu mengenai kemahiran teknikal tersebut.
Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)
Dari segi bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan pengawalan. Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak. Pengawasan dalam bahasa Arab ialah raqabah dan muraqabah.Memastikan semua aspek pengurusan saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan. Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Seperti yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah memang tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi.
Oleh itu, pengawasan adalah sangat penting bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindarkan sebarang masalah besar berlaku. Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Membetulkan sebarang kesilapan penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang. Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin. Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan, pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul. Konklusinya, wiqayah juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal sesebuah organisasi agar keadaan tidak menjadi huru-hara dan semakin rumit. Pemimpin haruslah lebih bijak mengawal sesebuah organisasi dengan lebih teratur dan sistematik. urusan yang hendak dicapai dapat dicapai dengan baik atas persetujuan dan penerimaan orang sekeliling kita.
Selain itu, tabliq juga adalah merupakan salah satu sifat kenabian yang perlu dicontohi oleh umat Islam masa kini. Tabliq ialah menyampaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan penuh hikmah semasa berdakwah ke jalan yang benar. Apabila kita dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh terutama sekali semasa berdakwah, maka orang sekeliling akan mudah yakin dengan apa yang kita katakan. Akhir sekali, Fatanah yang dikenali sebagai bijaksana.
Menurut Syed al-Attas, kebijaksaan ialah pengetahuan yang dianugerahkan oleh Allah yang membolehkan seseorang menggunakan maklumat yang sesuai untuk menhasilkan keputusan yang tepat.Ianya sangat diperlukan apabila menyampaikan sesuatu ilmu atau dakwah kerana ianya sangat penting bagi memastikan dakwah yang disampaikan adalah betul. Orang yang bijaksana akan mudah disegani dan dihormati oleh orang sekeliling kita kerana mempunyai ilmu pengetahuan yang dapat merungkaikan sebarang permasalahan sekiranya berlaku.
R. LIPPIT DAN R. WHITE MENJELASKAN BAHAWA KEPIMPINAN BARAT ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA
Pertama sekali adalah demokrasi. Demokrasi bermaksud segala keputusan itu ditentukan oleh suara teramai. Ketua sekadar menjadi pengerusi perbincangan. Ahli pula bebas dalam mengemukakan pendapat atau keputusan. Pekerja dalam organisasi dan pengurusan bebas memilih rakan kongsi pekerjaan. Ketua juga boleh memahami dan menghayati aspirasi orang bawahannya melalui wakil-wakil mereka sendiri. Dalam hal ini, semua orang boleh terlibat dalam perbincangan tersebut agar dapat mencapai kata sepakat bersama-sama tanpa perselisihan faham agar tidak timbul sebarang masalah yang melibatkan rasa tidak puas hati.
Kedua pula adalah autokras. Dalam kepimpinan seperti ini pemimpin mempunyai kuasa mutlak sebagai perancang dan juga pelaksana. Segala keputusan yang diambil akan terlebih dahulu dibincangkan dengan orang bawahan. Ia dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pembahagian tugas dan tanggungjawab diagih oleh pemimpin. Perjumpaan juga dirancang apabila perlu sahaja. Ini bermaksud, hanya pemimpin sahaja yang berkuasa dalam menyuarakan kata putus setelah dibincangkan oleh orang-orang bawahan yang lain dan seperti yang kita tahu perbincangan ini hanya diadakan bila perlu sahaja. Ini membuktikan bahawa proses seperti ini boleh menyebabkan ada segelintir orang yang tidak akan menerima keputusan yang akan diambil kerana bukan atas persetujuan semua orang ramai. Ketiga pula adalah laissez faire. Dalam konteks ini, pemimpin seolah-olah tidak berfungsi. Rakyat dan orang bawahannya yang akan menentukan segala-galanya. Pemimpin menyampaikan maklumat tertentu dan membekalkan sumber serta bahan untuk pekerjanya.
KEWAJIPAN PEMIMPIN
Terdapat beberapa kewajipan seorang pemimpin yang perlu kita pelajari. Antaranya adalah bekerjasama dalam melaksanakan syariah Islamiyah. Contohnya, melalui organisasi, jabatan dan unit pengurusan, seseorang ketua dan pemimpin boleh memainkan peranannya menggalakkan amal makruf dan nahi mungkar. Syariah Islamiyah terlaksana apabila budaya, etika dan prinsip kerja dalam organisasi itu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Apabila umat islam merujuk sumber al-Quran dan al-Sunnah maka segala urusan dapat dijalankan dengan baik dan tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi hukum.
Seterusnya pula adalah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Dalam hal ini, ketua dan pemimpin diberikan kuasa, tanggungjawab serta ganjaran, upah dan gaji yang setimpal. Namun begitu, mereka tidak wajar sekadar menyempurnakan tugas sebagai pemimpin atau ketua semata-mata. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah.
Selain itu, kewajipan pemimpin juga adalah amanah. Selain daripada itu, ketua juga wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam suatu organisasi dengan amanah.Islam melarang ketua dan pemimpin dalam organisasi menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk iaitu menggunakan jawatan untuk kepentingan kebendaan dengan menerima rasuah dan seterusnya pula adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih. Oleh itu, ketua dan pemimenjadi lebih berakhlak mulia dampin memainkan peranan yang penting dalam mengajak umat Islam untuk lam melaksanakan pekerjaan.
Hak-hak Pemimpin:
Dalam konteks ini, pemimpin boleh memperoleh pelbagai hak kemudahan. Contohnya, mendapat ketaatan dan kesetiaan daripada orang bawahan terhadap arahannya yang tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak. Hak ini dijamin oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Dalam hak-hak pemimpin, pemimpin haruslah mempunyai pengukuhan dari segi pelbagai pengukuhan iaitu kemahiran. Kemahiran yang pertama adalah konsepsi. Maksudnya disini adalah ketepatan perjalanan organisasi. Ia memahami pandangan umum dan juga mempunyai kaliber kepimpinan yang tersendiri. Selain itu, arif dan juga berkeupayaan menarik orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi. Ketepatan dalam mencapai sebuah perjalanan organisasi adalah sangat penting agar segala tugasan dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Seterusnya pula adalah kemahiran komunikasi.
Kemahiran komunikasi membawa maksud kepada kemampuan untuk berhubung mesra dengan individu dan masyarakat. Komunikasi itu akan lebih berkesan dan mudah jika ia mempunyai kefahaman berkaitan dengan orang bawahan dan masyarakat sekeliling. Ia mempunyai daya penggerak untuk kepentingan organisasi dan pengurusan.
Akhir sekali adalah kemahiran teknikal. Maksudnya pula ialah mempunyai ilmu yang mendalam terhadap segala hal berkaitan dengan tugas pengurusan dan berkeupayaan pula melaksanakannya. Selain itu, berkeupayaan menggunakan alat-alat teknik secara manual dan kemahiran itu amat diperlukan agar dapat mencapai matlamat organisasi. Kemahiran teknikal sehingga kini adalah sangat diperlukan bagi menyelenggara sebarang pekerjaan. Sekiranya kemahiran ini tidak ada, maka amat sukar sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan kerana kurangnya ilmu mengenai kemahiran teknikal tersebut.
Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)
Dari segi bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan pengawalan. Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak. Pengawasan dalam bahasa Arab ialah raqabah dan muraqabah.Memastikan semua aspek pengurusan saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan. Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Seperti yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah memang tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi.
Oleh itu, pengawasan adalah sangat penting bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindarkan sebarang masalah besar berlaku. Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Membetulkan sebarang kesilapan penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang. Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin. Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan, pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul. Konklusinya, wiqayah juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal sesebuah organisasi agar keadaan tidak menjadi huru-hara dan semakin rumit. Pemimpin haruslah lebih bijak mengawal sesebuah organisasi dengan lebih teratur dan sistematik.
Objektif Dan Prinsip Pengurusan Islam
sebagai system pengurusan ,sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif yang tersendiri . Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting . Di antara kepentingan objektif termasuklah :
1) Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai . Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi
2)Dengan adanya objektif yang jelas membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan ke arah pencapaian objektif yang telah digariskan.
3)Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini , pengalaman masa lampau serta tuntutlah untuk masa depan
MENJAGA KESELAMATAN AGAMA
-Menjaga keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah . Dalam konteks organisasi aspek keselamatan perlu dititikberatkan . K egiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.
MENJAGA KESELAMATAN JIWA(NYAWA)
-salah satu tujuan atau maqasidah al-syariah ialah menjaga dan memelihar jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia . Ia mewajibkan seseorang itu memelihara nywanya sendiri dan juga nyawa orang lain . Ini sejajar dengan fitrah Allah.

RUMUSAN
Berdasarkan tugasan yang kami laksanakan, kami telah mempelajari serba sedikit mengenai pengurusan Islam dengan betul malah secara mendalam. Seperti yang kita tahu, Islam tidak menggalakkan kehadiran konflik yang boleh menjejaskan prestasi organisasi dan yang boleh menghancurkan nilai-nilai persahabatan. Hal ini supaya segala salah faham dapat dielakkan malah akan mewujudkan sebuah suasana yang harmoni dan sejahtera. Selain itu, berkenaan pengurusan islam juga mampu membawa kita ke arah ciri-cirimuslim yang bijak. Pengurusan Islam telah mengajar kita sebagai umat Islam untuk lebih berdisiplin dan menepati masa dengan betul. Apatah lagi dalam suasana umat Islam sekarang ini yang mundur dalam serba serbi persoalan. Umat Islam pada zaman sekarang telah dipengaruhi banyak oleh kuasa-kuasa Barat di luar sana.
Jika direnung sejenak, umat Islam kita sebenarnya hendak dipengaruhi mentalitinya terutama dari segi akidah agar umat Islam tidak akan lagi taat kepada Rasulullah SAW dan mengingati Allah SWT. Seiring dengan itu, umat Islam masa kini hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki ke arah bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam menjana kemajuan Islam dari segi pengurusan pada masa kini, generasi muda hendaklah berusaha dalam menuntut ilmu bukan sahaja ilmu fardhu ain malahan fardhu kifayah juga agar Negara kita dapat menjadi salah sebuah Negara Islam yang maju di mata dunia. Konsep pengurusan Islam ini juga sering dikaitrapatkan dengan aspek fiqh al-awlawiyat kerana tanpa ilmu maka tidak sempurna lah ilmu dalam pelaksanaan pengurusan Islam.
Fiqh al-awlawiyat banyak mengajar umat Islam untuk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan segala yang dilarang seperti amar ma’ruf nahi munkar. Konsep ini harus dititikberatkan oleh umat Islam agar kita sentiasa mengetahui syariat Islam dalam mengurus sebarang pekerjaan dalam Islam. Oleh itu, janganlah pula kita menjadi mundur dalam persoalan. Maksudnya disini adalah persoalan mengenai akidah umat Islam masa kini terutama di kalangan remaja. Syariat dalam pengurusan Islam harus dititikberatkan oleh umat Islam dan tidak patut dipandang enteng.
Pengurusan Islam akan banyak membawa kesan-kesan baik kepada umat Islam agar hidup lebih maju dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara luar yang lain. Intihanya, kita hendaklah sentiasa menjaga segala peraturan atau syariat dalam melaksanakan pengurusan Islam dengan merujuk aspek dari segi konsep fiqh al-Awlawiyat agar segala pengurusan dalam Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Comments
Post a Comment